Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jezzevelle Myora Jerry yang meraih emas kategori seni Mai Muay (duo) bersama pasangannya Myra Arina Roslan. Foto, Steward Dawi (TVS).

SUKMA: Pasukan wanita Sabah raih dua emas Muaythai

BySteward Dawi

BINTULU, 19 Ogos: Atlet Muaythai Sabah, Yan Jia Chi yang menggondol pingat emas kategori seni Wai Kru (solo) wanita mengakui latihan konsisten selama dua tahun merupakan kunci kejayaannya.

Jia Chi berkata, dia melakukan persiapan rapi untuk berentap di SUKMA dan sememangnya menyasarkan untuk menang pingat emas acara berkenaan.

“Akhirnya, kemenangan itu milik saya hari ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian pingat di Naim Paragaon Streetmall, Bintulu hari ini.

Sementara itu Jia Chi turut mengakui Sarawak menampilkan peserta wanita yang menjadi pesaing hebat kepadanya dalam kategori itu.

Berkenaan perancangan selepas ini, Jia Chi memberitahu dia berhasrat untuk menyertai Sukan Dalam Dewan dan Seni Mempertahankan Diri Asia pada November ini.

“Selain itu saya juga mengimpikan untuk mewakili Malaysia pada Sukan SEA 2027,” katanya.

Sementara itu, Jezzevelle Myora Jerry yang meraih emas kategori seni Mai Muay (duo) pula memberitahu, dia dan pasangannya Myra Arina Roslan telah berlatih selama tujuh bulan sebelum menyertai SUKMA.

“Antara cabaran utama kami ialah menghafal koreografi atau reka tari melibatkan seni Mai Muay yang memerlukan komitmen yang tinggi,” jelasnya.

Presiden Persatuan Muaythai Sabah, Nazri Abd Razak turut memuji prestasi dan keazaman para atlet Muaythai Sabah yang telah bertungkus lumus berjuang mendapatkan pingat emas di dalam semua kategori yang dipertandingkan.

“Sukan Muaythai ini sangat popular di Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Kalau kita lihat Sarawak melahirkan ramai atlet muda Muaythai yang sudah bertanding di peringkat nasional dan antarabangsa,” ujarnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan