Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Khor Jing Hong mencipta rekod baharu SUKMA menerusi acara 20,000 meter lumba jalan kaki. Foto Nadim Bokhari (TVS)

SUKMA: Jing Hong lebur rekod 20 tahun lumba jalan kaki

ByBernama

KUCHING, 19 Ogos: Atlet Wilayah Persekutuan Khor Jing Hong mencipta sensasi apabila meraih pingat emas acara 20,000 meter (m) lumba jalan kaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Stadium Sarawak hari ini.

Lebih mengejutkan, Jing Hong yang membuat penampilan pertamanya mencipta rekod baharu temasya selepas mencatatkan satu jam 34 minit 38.20 saat (s) sekali gus memadam rekod lama berusia 20 tahun milik Thiyagu Manoharan dari Perak yang mencatat 1’34:56.10s pada edisi 2004 di Negeri Sembilan.

“Saya lega kerana semalam saya sangat tertekan sebab hari pertama, acara pertama dan saya pula sasarkan emas dan pecah rekod. Jadi semua mata tengok saya.

“Tapi semalam saya ada bercakap dengan jurulatih dan itu melegakan saya untuk turun beraksi dengan tenang,” katanya ketika ditemui di sini.

Pingat perak menjadi milik wakil Pulau Pinang Sriven Tan selepas mencatat 1’38:25.43s manakala C. Teban Raj dari Selangor yang merakam 1’48:07.56s membawa pulang gangsa.

Saingan olahraga yang menawarkan keseluruhan 47 pingat emas berlangsung selama lima hari bermula hari ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan