Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan petanque Sarawak menampilkan aksi cemerlang hari ini selepas meraih dua pingat emas dan satu perak masing-masing dalam acara perseorangan lelaki dan wanita. Foto Safiee Bin Haji Ahmad (FB)

SUKMA 2024: Sarawak raih emas acara perseorangan lelaki, wanita petanque

ByBernama

KUCHING, 19 Ogos: Pasukan petanque Sarawak menampilkan aksi cemerlang hari ini selepas meraih dua pingat emas dan satu perak masing-masing dalam acara perseorangan lelaki dan wanita.

Pada aksi yang berlangsung di Gelanggang Petanque Negeri Sarawak, menyaksikan acara perseorangan lelaki akhir didominasi atlet tuan rumah apabila wakil mereka Farid Amirul Muhammad dan Alif Zayd Zen berentap sesama sendiri untuk merebut pingat emas.

Aksi kemas ditampilkan Farid Amirul menyaksikan beliau tidak berdepan masalah untuk menewaskan Alif Zayd 13-6.

Pingat gangsa dalam acara itu dimenangi atlet Terengganu Muhammad Syafiq Asyraf Mohd Yusoff yang menewaskan wakil Sabah, Muhammad Aiman Danial Mohd Ali 13-5.

Bagi acara perseorangan wanita, wakil tuan rumah Sharifah Daniamal Yana Wan Deros mengikut jejak rakan sepasukannya meraih emas apabila menewaskan wakil Melaka Saidatul Ummairah Md Dani 12-6 pada perlawanan akhir.

Atlet Perak, Athirah Sareh pula meraih gangsa selepas mengatasi wakil Perlis Alisyya Sofea Azli 13-5. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan