Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sukan angkat berat antara sukan yang mempunyai potensi besar menyumbang pingat Olimpik. Foto fail Bernama

Sukan angkat berat berpotensi sumbang pingat Olimpik

ByMadeline Dugat

KUCHING, 19 Ogos: Sukan angkat berat antara sukan yang mempunyai potensi besar untuk menyumbang pingat Olimpik kepada negara.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Rashid Yaakub berkata MSN akan memberi tumpuan terhadap sukan angkat berat sebagai satu sukan baru untuk diketengahkan selain badminton dan berbasikal.

“Kita sedar baru-baru ini sukan Olimpik Paris nampaknya ada sukan baru memberi harapan untuk kita bangunkan pada masa hadapan, iaitu sukan angkat berat.

“Itu satu sukan yang nampak ada potensi bagi negara kita,” katanya ketika ditemui media di Stadium Sarawak, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, MSN akan terus berusaha mengekalkan momentum bidang sukan lain agar terus mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

“Bagi sukan yang memang sudah ada bakat-bakat berpotensi, kita akan cuba kekalkan atau pertingkatkan lagi.

“Bagi sukan-sukan baru seperti angkat berat dan beberapa sukan baru seperti ‘climbing’, ‘skateboard’ dan sebagainya kita juga akan lihat perkara ini.

“Mungkin kita dapat bangunkan sukan ini bagi tujuan kita mencapai kejayaan di sukan olimpik suatu hari nanti,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan