Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
艾威斯(Elvis Priestley Clement)在男子3米跳板个人赛的出色表现,赢得金牌!

Sokongan keluarga, tidur mencukupi rahsia emas Elvis Priestly

ByBernama

KUCHING, 19 Ogos: Sokongan keluarga dan rutin tidur mencukupi antara faktor mendorong penerjun Sarawak Elvis Priestly Clement merangkul pingat emas acara 3 meter (m) papan anjal lelaki iaitu pingat akuatik pertama Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Atlet berusia 18 tahun yang kali pertama beraksi di hadapan ahli keluarganya mengungguli acara dengan mengumpul 415.15 mata selepas menyempurnakan enam terjunan di Pusat Akuatik Pandelela Rinong di sini.

Elvis Priestly mengetepikan rakan sepelatih  dalam pasukan kebangsaan Yong Rui Jie dan Nurqayyum Nazmi Mohamad Nazim dari Wilayah Persekutuan yang masing-masing memenangi perak dan gangsa dengan 388.80 dan 377.65 mata.

Elvis Priestly ketika ditemui pemberita berkata kebiasaannya jika menyertai kejohanan, beliau akan mendapatkan tidur yang mencukupi bagi memastikan beliau dapat fokus dan sentiasa tenang.

“Saya rasa berpuas hati dapat mengatasi rakan-rakan kerana kita sentiasa bersaing ketika latihan. Saya sangat bersemangat dengan kehadiran keluarga kerana jarang datang tengok, terutamanya jika pertandingan di luar.

“Sasaran utama bagi tahun ini adalah untuk meraih kedudukan podium pada Kejohanan Dunia Remaja (di Rio de Janeiro bermula 24 Nov hingga 1 Dis) bagi tahun ini. Matlamat besar adalah berjaya di pentas Olimpik nanti,” katanya.

Elvis Priestly juga berhasrat untuk memenangi emas ketiganya di SUKMA apabila sekali lagi turun dalam acara 10m platform seirama lelaki bersama Enrique Maccartney Harold esok, manakala acara individu pula berlangsung pada Khamis.

Sementara itu, Sarawak menyapu kesemua dua pingat emas ditawarkan pada hari pertama akuatik membuka tirai apabila Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj-Nurul Farisya Alia Affendi mengungguli 10m platform seirama wanita.

Gandingan tuan rumah itu mengumpul 262.08 mata, menewaskan Terengganu diwakili Ilyssa Ixora Imran-Uzlifatil Jannah Ashraf (197.10 mata) dan Cecelia Olivia Christopher Leoneil-Siti Nurul Jannah Malik  (189.75 mata) dari Perak yang masing-masing meraih perak dan gangsa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan