Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan sofbol lelaki menamatkan badi ‘perak untuk Perak’ apabila menyambar pingat emas acara itu di Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 selepas menewaskan Terengganu dalam aksi final hari ini. Foto Perak Softball & Baseball Association (FB)

Skuad sofbol lelaki tamat badi ‘perak untuk Perak’

ByBernama

MIRI, 19 Ogos: Pasukan sofbol lelaki menamatkan badi ‘perak untuk Perak’ apabila menyambar pingat emas acara itu di Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 selepas menewaskan Terengganu dalam aksi final hari ini.

Pada perlawanan berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri, tampil agresif memberi tekanan kepada Terengganu selepas menyempurnakan tiga larian seawal innings pertama.

Perak terus menjarakkan kedudukan apabila membuat 12 larian berbalas empat pada perlawanan lima innings untuk merebut pingat emas sofbol lelaki.

Ketua jurulatih sofbol lelaki Perak Ridzuan Rawi berkata kemenangan hari ini menamatkan penantian sebelas tahun untuk meraih pingat emas selepas memenanginya dua tahun berturut-turut iaitu pada SUKMA 2022 dan 2013.

“Alhamdulillah selama ini kita asyik sebut pingat perak hanya untuk Perak, akhirnya kita dapat tukar kepada emas,” katanya.

Sementara itu, Johor pula muncul juara kategori wanita selepas mengecewakan Perak 5-0 pada perlawanan akhir hari ini.

Pasukan sofbol wanita Perak sebelum ini meraih perak pada edisi 2011 dan 2013.

Pengurus pasukan sofbol wanita Johor Wan Eizalie Wan Mohamed Nor memuji semangat dipamerkan anak buahnya yang berjaya mengubah warna pingat gangsa diraih Johor pada edisi 2011 kepada emas.

“Persiapan dilakukan hampir setahun termasuk menyertai kejohanan di Singapura membuahkan hasil jadi saya amat berbangga dengan pencapaian mereka,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan