Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan penyerahan zakat Kumpulan Senari Synergy kepada Tabung Baitulmal Sarawak di Kuching, hari ini. Foto Harold (TVS)

Senari Synergy serah zakat RM300,000 kepada Tabung Baitulmal Sarawak

ByAdlina Rahman

KUCHING, 19 Ogos: Kumpulan Senari Synergy hari ini menyerahkan zakat berjumlah RM300,000 kepada Tabung Baitulmal Sarawak dalam satu majlis yang disaksikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Zakat berkenaan disampaikan Pengarah Urusan Kumpulan Senari Synergy, Jefri Ahmad Tambi kepada Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie di pejabat Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha yang turut hadir berkata, sumbangan tersebut akan dimanfaatkan oleh Tabung Baitulmal Sarawak untuk kegunaan berkaitan pembangunan umat Islam.

Beliau turut memberitahu, pihaknya juga telah menerima kutipan derma sebanyak RM6,200 daripada kakitangan Senari Synergy bagi menyokong inisiatif penyediaan rawatan perubatan bagi rakyat Palestin.

“Tabung ini akan kita salurkan kepada Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) untuk menguruskannya,” ujarnya.

Misnu mendedahkan setakat ini sambutan tabung Palestin menerima sambutan yang memberansangkan dan beliau turut menggalakkan lebih ramai rakyat tempatan menderma kepada tabung itu.

“Kalau seandainya ada lagi mahu menyumbang, boleh menderma ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan