Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Rahman Lariwoo berkata tumpuan SABA selepas SUKMA ini adalah untuk menghantar atlet Sarawak ke Pesta Tinju Antarabangsa Pulau Pinang hujung tahun ini. Foto: Jazni Hanif (TVS)

Selepas SUKMA, atlet tinju Sarawak berentap di Pesta Tinju Antarabangsa Pulau Pinang

ByMuqri Aziz

SRI AMAN, 19 Ogos: Selepas berakhirnya penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 bagi acara sukan tinju di Bahagian Sri Aman 23 Ogos ini, Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) akan menghantar atletnya bagi menyertai Kejohanan Pesta Tinju Antarabangsa Pulau Pinang yang bakal diadakan hujung tahun ini.

Presidennya, Datuk Rahman Lariwoo berkata ia adalah merupakan pelan masa depan bagi SABA untuk tahun ini dalam mempersiapkan petinju Sarawak menjadi seorang petinju profesional.

“Namun, kita raikan dahulu pencapaian yang dirai mereka selepas akhirnya SUKMA Sarawak 2024 dan kemudian kita akan menghantar mereka ke Pesta Tinju Antarabangsa Pulau Pinang yakni setiap tahun kita akan menghantar wakil Sarawak berentap di sana,” katanya pada sidang media di Stadium Tertutup, Kompleks Sri Aman malam tadi.

Bukan itu sahaja, SABA turut akan menganjurkan pencarian bakat di seluruh wilayah ini untuk mencari bakat muda baharu.

Ditanya mengenai hasrat pembinaan Pusat Latihan Tinju berdekatan dengan Kompleks Sri Aman, beliau menyambut baik cadangan berkenaan dan mahu Sri Aman dijadikan hab tinju di Sarawak.

“Saya berharap agar bandar Simanggang ini diberi peluang untuk menjadi hab tinju di Sarawak kerana saya percaya bahawa Sri Aman mempunyai banyak melahirkan atlet-atlet petinju yang mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan dimana ia secara tidak langsung akan mewakili Sarawak serta Malaysia,” katanya lagi.

Semasa Program Larian Baton Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA Sarawak 2024 pada Jun lepas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis berkata keluasan tiga ke empat ekar tanah bagi pembinaan Pusat Latihan Tinju di bahagian ini telah dikenal pasti dan menanti kelulusan daripada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.

Susulan daripada cadangan tersebut, menterinya Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyambut baik cadangan berkenaan dan akan dibawa untuk pertimbangan.

Abdul Karim berkata cadangan pembinaan pusat latihan berkenaan dilihat mampu mengeluarkan lebih ramai petinju dan pada masa sama juga menyambut seruan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang mahu setiap negeri di negara ini untuk membuat pelaburan dalam pembangunan bakat baharu bagi melahirkan lebih ramai atlet. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan