Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penandatangan Mou antara SFC dengan PETRONAS Projek Kolaborasi Penyelesaian Berasaskan Alam Semula Jadi di sini, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Sarawak tunggu kelulusan Dewan Rakyat sebelum mulakan perdagangan karbon

KUCHING, 19 Ogos: Kerajaan Sarawak kini sedang menunggu kelulusan undang-undang berkaitan pengangkutan karbon dioksida rentas sempadan di Dewan Rakyat sebelum ia boleh memulakan perdagangan karbon menerusi projek Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS).

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata undang-undang tersebut diperlukan bagi penjualan rentas sempadan komoditi itu melibatkan kerajaan negara penjual dan pembeli.

“Untuk penyimpanan karbon CCUS kita mesti ada undang-undang untuk kita menghantarkan karbon ini dan ini kita bergantung kepada Kuala Lumpur kerana ia di bawah (bidang kuasa) Persekutuan.

“Karbon ini perkara baharu jadi kita tunggulah apa prinsipnya,” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan Majlis Penandatangan Memorandum Persefahaman (Mou) antara Sarawak Forestry Corporation (SFC) dengan PETRONAS Projek Kolaborasi Penyelesaian Berasaskan Alam Semula Jadi di sini, hari ini.

Menurut Abang Johari, beliau difahamkan rang undang-undang (RUU) mengenainya akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat, November tahun ini.

Ditanya mengenai pengeluaran lesen bagi aktiviti karbon meskipun tiada rangka kerja bagi perdagangan rentas sempadan, beliau berkata hal itu berada di bawah bidang kuasa negeri.

“Kita sudah ada undang-undang, hanya kita nak undang-undang pengangkutan (karbon). Macam kita nak hantar ke (luar negara) misalnya ke Singapura, ia adalah urusan antara kerajaan dua negara.

“Ini boleh diselesaikan. Apabila Parlimen meluluskan, baharulah kita boleh memperdagangkannya dan kita mesti patuh undang-undang.

“Sarawak sangat patuh dengan undang-undang,” ujarnya.

Jelasnya lagi, Kerajaan Sarawak juga sedang bekerjasama dengan Bank Dunia dalam menilai prinsip perakaunan yang diperlukan untuk digunakan dalam penilaian perdagangan karbon global, berasaskan Protocol London 1996.

“Kita hendak mempunyai satu nilai yang boleh diterima di antara negara pengeluar dengan negara pembeli. Ini kita sedang tentukan, kalau tidak kita mungkin tersasar jauh,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan