Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Jurulatih Badminton Sarawak, Azri Hanif

Sarawak, Pulau Pinang rebut gangsa badminton berpasukan campuran

ByTVS

SIBU, 19 Ogos: Sarawak akur selepas tewas kepada Selangor dalam aksi separuh akhir badminton acara berpasukan campuran di Stadium Tertutup Sibu hari ini.

Ketua jurulatih Sarawak Azri Hanif berkata, mentaliti merupakan jurang yang ketara antara pasukan kendaliannya dengan pasukan lawan.

“Kita dapat tengok acara perseorangan lelaki tadi, daripada kalah, dia (pemain Selangor bangkit dan) boleh menang.

“Dia boleh kawal permainan. Itu satu perubahan yang saya cuba terapkan dalam pasukan Sarawak,” katanya kepada media selepas perlawanan.

Selangor mengutip mata pertama menerusi perseorangan wanita apabila K. Letshanaa mudah menewaskan Megan Zhi Yi Tan dengan keputusan 21-3 dan 21-13.

Sarawak terus ketinggalan apabila perseorangan lelakinya, Shun Hua Goh tewas dalam pertarungan tiga set.

Hua Goh menang set pertama 22-20 namun Kim Sheng Chua bangkit mencatatkan kemenangan 21-14 dan 21-15 pada dua set berikutnya.

Harapan disandarkan Sarawak kepada pasangan beregu campuran, Jeremy Zhen dan Kashley Tze juga tidak kesampaian apabila mereka tunduk 13-21 dan 12-21 kupada Wong Vin Sean dan Ho Lo Ee

Di sebalik kekecewaan mara ke final, Azri berkata dia masih berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan anak-anak buahnya sepanjang perlawanan tersebut.

Mengulas mengenai persiapan menghadapi Pulau Pinang dalam perlawanan esok, Azri berkata beliau akan berbincang terlebih dahulu dengan pengurusan sekiranya terdapat perubahan dalam barisan pemain.

“Persiapan semestinya rapi kerana Pulau Pinang juga merupakan pasukan yang kuat,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan