Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Dato Sri John Sikie Tayai dan delegasi di Astana Negeri Sarawak, Kuching, hari ini. Foto TVS

Sambutan Hari Kebangsaan 2024 wadah penyatuan rakyat

KUCHING, 19 Ogos: Sambutan Hari Kebangsaan merupakan wadah perpaduan serta melambangkan tunjang kemakmuran dan kemajuan negara, kata Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai.

Menurutnya, “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka” adalah tema tepat sebagai lambang perpaduan rakyat berbilang kaum, bersatu hati dan mempunyai jati diri yang teguh.

“Tema yang diangkat pada tahun ini amat bertepatan khasnya bagi kita di Sarawak kerana rakyat seluruh Sarawak hidup bersama tanpa mengira bangsa, agama serta keturunan, dan ini jelas menunjukkan keharmonian di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Kunjungan hormat itu adalah untuk mengundang mereke berdua untuk menghadiri sambutan perayaan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2024 di Sibu pada 31 Ogos.

Sikie yang juga Menteri Bertanggungjawab Sambutan Perayaan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2024 berkata, pemilihan Sibu sebagai tuan rumah amat tepat kerana bukan sahaja lokasinya terletak di tengah-tengah negeri, malah ia menjadi simbolik perpaduan dan keharmonian antara kaum.

Pelbagai pengisian acara akan dianjurkan termasuk program Ambang Hari Kebangsaan, Fun Walk Hari Kebangsaan serta Perhimpunan Hari Kebangsaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan