Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik dan pemenang pingat gangsa, Katierina Bojing ditemui selepas majlis penyampaian pingat acara 45kg wanita di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, di sini, hari ini. Foto: Mohd Raffiq (TVS)

Pingat pertama angkat berat sumbangan Katierina pencapaian membanggakan – Friday Belik

ByAhmad Burhanuddin

BETONG, 19 Ogos: Pingat pertama bagi skuad angkat berat Sarawak pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang disumbang oleh Katierina Bojing merupakan suatu pencapaian yang amat membanggakan, kata Friday Belik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian itu berkata, Katierina berjaya mencipta kejutan apabila berjaya mengutip pingat gangsa dalam acara 45 kilogram (kg) wanita walaupun tidak diletakkan sasaran tinggi.

“Atas kegigihan serta fokus oleh Katierina, dia berjaya mendapat pingat gangsa dan itu merupakan rekod peribadinya terbaiknya pada edisi ini.

“Dia telah mencatat angkatan keseluruhan 108kg. Jadi, ini merupakan satu pencapaian terbaik untuk adik Katierina dan kita amat berbangga di atas sumbangan pingat yang pertama untuk skuad angkat berat SUKMA Sarawak pada kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis penyampaian pingat acara 45kg wanita di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Katierina berkata dia berasa amat gembira kerana berjaya memenangi pingat tersebut selain turut berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu persiapannya menghadapi SUKMA.

“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada jurulatih, ibu bapa, kawan-kawan dan Tuan Friday Belik yang datang ke sini untuk memberi sokongan.

“Pingat ini saya tujukan khas kepada ibu saya yang sentiasa menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada saya. Jadi, saya menyasarkan untuk merangkul pingat emas pada edisi SUKMA yang akan datang,” ujarnya.

Sementara itu, atlet Kedah Muhammad Amin Hakimi Mohd Shukry membawa pulang pingat emas bagi acara 61 kilogram (kg) lelaki.

Dia mencatatkan kemenangan menerusi angkatan keseluruhan 234kg, iaitu 103kg untuk snatch dan 131kg (clean & jerk).

Pingat perak pula dimenangi Muhammad Muslim Mohd Anwar dari Terengganu dengan catatan keseluruhan 229kg (101kg, 128kg).

Atlet Sabah, Mark Dylan Marcus memperoleh gangsa. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan