Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ikmal Fahmi (kiri), Habizan Othman (tengah) dan Ikmal Fahri (kanan). Foto Akma Salleh (TVS)

Persiapan SUKMA : Pesilat Selangor dedah hanya pulang ke rumah sekali setahun

ByAkma Salleh

MIRI, 19 Ogos: Dua pesilat Selangor yang juga pasangan adik – beradik mendedahkan mereka menjalani regim latihan yang keras sebelum datang ke Sarawak untuk bertanding pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Ikmal Fahri Ashar, 21, dan adiknya, Ikmal Fahmi Ashar juga mengakui mereka terpaksa berkorban apabila berjauhan dengan keluarga sepanjang tempoh latihan kerana tinggal bersama jurulatih, Habizan Othman.

“Kami hanya balik ke rumah keluarga di Kuala Selangor ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri,” kata mereka kepada TVS di Stadium Bandaraya Miri di sini.

Kerja keras dua beradik itu mula menunjukkan hasil apabila mereka mara ke separuh akhir silat kategori tempur ganda lelaki A 69 kilogram (kg) hari ini.

Mengenai persembahan suku akhir tadi, Ikmal Fahri berkata, dia dan adiknya masih belum berpuas hati kerana perjuangan mereka meraih pingat pada SUKMA 2024 ini belum berakhir.

“Selepas ini kami dijadual menentang pesilat Wilayah Persekutuan dan sudah pasti akan melakukan yang terbaik.

“Kami ingin membanggakan ibu bapa, jurulatih dan pasukan kerana sudah berkorban meninggalkan keluarga selama setahun bagi menuntut ilmu,” katanya.

Sementara itu, Habizan berkata anak didiknya mempunyai semangat yang kuat dan kemahuan yang jitu dalam persilatan.

“Saya sebenarnya seorang jurulatih yang agak cerewet ketika mencari anak murid namun adik beradik ini, saya nampak sesuatu dalam diri mereka, sanggup datang jauh dari Kuala Selangor untuk berlatih yang mana perjalanan memakan masa sehingga dua jam,” tambahnya.

Habizan berkata, selepas diberi kepercayaan oleh ibu bapa mereka, dia telah menjadikan adik-beradik itu sebagai anak angkatnya.

“Saya akan bimbing dan bentuk mereka menjadi insan yang berguna, insya -Allah,” katanya.

Habizan menambah dia juga sangat terharu apabila mereka mara ke semi final kerana berdepan pelbagai cabaran sebelum tiba di Miri.

“Saya melihat mereka mempunyai potensi dalam silat kerana sebelum ini pernah merangkul pingat emas pada kejohanan di Pahang,” katanya.

Dalam aksi suku akhir tadi, adik-beradik itu memungut 9.91 mata sekali gus menewaskan pesilat Sarawak yang memperoleh 9.89 mata. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan