Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Norazizul Omar (kiri), Wan Norhanif Rosdi (tengah) dan Rosli Mansor (kanan) ketika ditemui media sebelum perlawanan Perlis menentang Pulau Pinang (beregu lelaki) petang ini. Foto,Steward Dawi (TVS).

Perlis pertaruh pemain lama buru dua pingat sepak takraw di Bintulu

BySteward Dawi

BINTULU, 19 Ogos: Skuad sepak takraw Perlis mempertaruhkan enam pemain lama bagi mencapai sasaran menang dua pingat tanpa mengira warna pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 ini.

Pengurus pasukan Norazizul Omar berkata, mereka menyasarkan untuk menaiki podium bagi kategori regu wanita dan quadrant lelaki.

“Pada SUKMA 2022 di Kuala Lumpur, kami menang pingat perak kategori double,” katanya kepada pemberita sebelum perlawanan kategori lelaki menentang Pulau Pinang petang ini.

Sementara itu jurulatih Perlis, Rosli Mansor berkata perlawanan petang ini akan menjadi penentu sama ada mereka berjaya ke pusingan seterusnya atau sebaliknya.

“Strategi dan corak permaianan yang akan digunakan masih sama seperti latihan.

“Saya optimis yang Perlis akan menang,” jelasnya.

Sementara itu ketua pasukan Wan Norhanif Rosdi yang juga feeder berkata, dia akan menggunakan pengalaman menyertai SUKMA 2018 di Perak dan SUKMA 2022 untuk membantu Perlis berentap dengan baik kali ini.

“Kita akan cuba yang terbaik untuk kategori quadrant petang ini sekali gus mara ke peringkat suku akhir.

“Kami menyasarkan untuk mendapat pingat tidak mengira warna,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan