Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aksi dipamerkan oleh atlet Selangor Nur Nais Falilnesa Isman ketika beraksi dalam acara tenpin boling Pada SUKMA Sarawak 2024 di Megalanes Emart, Batu Kawa. Foto, Bernama. -- fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pasukan wanita Selangor tamatkan penguasaan Nur Hazirah di gelanggang boling

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 19 Ogos: Pasukan wanita Selangor berjaya meraih pingat emas acara lima berpasukan wanita boling tenpin pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak Megalanes, Batu Kawa hari ini.

Kejayaan dilakarkan oleh Nur Irdina Batrisyia Mat Aris, Nur Nais Falilnesa Isman, Intan Nor Edryana Nor Azliman, Adelia Nur Irwan Syazalee dan Adania Mohd Redzwan itu bermakna mereka menjadi pasukan pertama berjaya menewaskan ratu boling SUKMA, Nur Hazirah Ramli.

Nur Hazirah sebelum ini meraih empat pingat emas selama empat hari berturut – turut bermula dengan acara perseorangan wanita, beregu wanita, beregu campuran dan trio wanita semalam.

Berbalik kepada saingan acara berpasukan yang berlangsung selama hampir 10 jam sejak pukul 9 tadi, Sabah menamatkan saingan dengan pingat perak selepas mengumpul 5,552 pin, ketinggalan 46 pin kepada Selangor.

Nur Hazirah bersama Lavinia Kho, Claudia Kumang Jackson, Dayang Yumi Azreen Abang Azman dan Asya Dania Azree terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas menjatuhkan 5,462 pin.

Begitupun semangat melawan ditunjukkan Sarawak wajar dipuji apabila mereka ketinggalan di tangga kelima selepas menamatkan blok pertama awal petang tadi.

Dalam kategori lelaki, Pulau Pinang yang diwakili Megat Zaqrul Haiqal Megat Zairudin, Muhammad Hariz Adlan Azman, Muhammad Adam Darwish Dzulhakimy, Mohammad Zuhair Zailani dan Muhammad Hafiz Darwish Azhlan membawa pulang pingat emas dengan catatan 5,915 pin.

Johor meraih pingat perak selepas hanya ketinggalan lapan pin di belakang Pulau Pinang.

Pasukan lelaki Sarawak yang dibarisi Eldred Yek, Cornelius Aldhelm Sajat, Ethan Damien Chen, Muhammad Ihsan Fikri Suffian dan Tsen Fan Yew meraih pingat gangsa dengan merekodkan 5,828 pin.

Esok acara master yang menawarkan dua pingat emas akan berlangsung dan Sarawak berpeluang menambah pingat emas apabila empat pemain wanitanya iaitu Nur Hazirah, Lavinia, Claudia Kumang dan Asya Dania layak beraksi selepas berada dalam kelompok 24 pemain terbaik.

Bagi kategori lelaki, Fan Yew juga berpeluang menambah kilauan pingat apabila turut mara.

Setakat ini Sarawak menduduki tempat teratas pungutan pingat boling tenpin selepas meraih empat emas, satu perak dan dua gangsa.

Selangor kedua dengan satu emas dan tiga perak. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan