Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Acara pingpong Sukan Malaysia (SUKMA) membuka tirai hari ini menerusi acara berpasukan di Dewan Sekolah Rendah Chung Hua No. 3, Kuching. Foto, Alex Teo (TVS).

Pasukan Pingpong Sarawak diundi dalam kumpulan maut

ByJeeridyne

KUCHING, 19 Ogos: Acara pingpong Sukan Malaysia (SUKMA) membuka tirai hari ini menerusi acara berpasukan di Dewan Sekolah Rendah Chung Hua No. 3, Kuching.

Tuan rumah Sarawak diundi dalam Kumpulan A yang dianggap sebagai ‘kumpulan maut’ kerana turut menempatkan pasukan pilihan iaitu Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan selain kehadiran Pahang dan Perlis.

Sarawak bermula baik apabila hari ini apabila mencatatkan kemenangan selesa 5-0 ke atas Perlis pada sebelah petang namun ketika bertemu Pulau Pinang pagi tadi, mereka tewas dengan keputusan sama.

Jurulatih Sarawak Gabriel Ling berkata, kekalahan itu tidak mematahkan semangat pemainnya yang berazam untuk bangkit apabila menentang Wilayah Persekutuan.

“Pasukan kita perlu berusaha lebih kuat untuk memenangi perlawanan esok,”katanya.

Ketua Pasukan Sia Hua Chuong pula mengakui perlawanan pertama mereka menentang Pulau Pinang pagi tidak menjadi seperti yang diharapkan.

“Pusingan pagi tadi kami tidak dapat beraksi dengan baik, mungkin belum bersedia namun apabila bertemu Perlis pada sebelah petang, kita mula mendapat rentak,” katanya.

Mengenai perlawanan bertemu Wilayah Persekutuan, Hua Chuong mengakui ia merupakan satu perlawanan yang amat mencabar.

“Ini kerana majoriti atlet mereka merupakan pemain kebangsaan namun kita akan cuba sedaya upaya untuk menang,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan