Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet angkat berat wanita Perak Qistina Qharisya Suffia Mohd Muzani berjaya pecah tiga rekod kebangsaan, rangkul emas kategori 45kg.Foto, Bernama.

Pakar MSN pantau atlet muda bertanding SUKMA

ByMadeline Dugat

KUCHING, 19 Ogos: Penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 menjadi medan terbaik untuk mencungkil bakat-bakat baharu seawal usia 12 tahun untuk mewakili negara termasuk pada Sukan Olimpik.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Rashid Yaakub berkata, pakar pelbagai sukan ketika ini berada di Sarawak untuk memantau atlet-atlet yang bertanding pada SUKMA.

Kata beliau antara tugasan dilakukan kumpulan pakar berkenaan temasuk mengumpul data untuk dikaji, membuat analisa dan seterusnya melihat atlet yang berbakat.

“Bakat ini tidak semestinya mereka yang menang pingat emas, perak atau gangsa (namun ada yang) berbakat walaupun umur masih muda.

“(Pada SUKMA ini mereka) mungkin dapat nombor lima atau enam tetapi mempunyai susuk tubuh serta fizikal yang kita nampak boleh lebih berjaya pada masa hadapan, jadi pakar akan melihat kepada kesemua kriteria ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pusat Penyiaran SUKMA XXI Sarawak 2024 di Stadium Sarawak, di sini hari ini.

Sehubungan itu, jelas Abdul Rashid, atlet muda yang terpilih akan mengikuti program sepenuh masa yang disediakan oleh MSN.

“Kita akan ambil atlet ini dan mereka akan ditempatkan di negeri masing-masing atau dibawa ke Kuala Lumpur supaya dapat mengikuti program sepenuh masa di MSN.

“Ini supaya prestasi mereka dapat dipertingkatkan lagi,” tambahnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan