Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mifdal Wafiy Ayatulah (kiri) dan Mohamad Azrell Saifullah Abdullah (kanan) semasa membuat persembahan acara Muaythai kategori seni Mai Muay di Naim Paragon Streetmall, Bintulu hari ini. Foto :Steward Dawi

Muaythai Sarawak rangkul dua emas, persediaan lebih setahun buahkan hasil

BySteward Dawi

BINTULU, 19 Ogos: Latihan dan kerja keras selama lebih setahun membuahkan hasil kepada skuad Muaythai Sarawak apabila berjaya meraih pingat emas kategori seni solo lelaki Wai Kru dan Mai Muay hari ini.

Jurulatih Wai Kru dan Mai Muay Sarawak, Roslan Johani berkata, dalam kategori yang sama untuk wanita, Sarawak berjaya membawa pulang dua pingat perak.

“Untuk kategori wanita Wai Kru dan Mai Muay kita hanya menyasarkan satu pingat emas sahaja.

“Skuad lelaki kelihatan lebih menonjol dan berhasil menggondol pingat emas kedua-dua kategori tersebut,” katanya ketika ditemui media selepas majlis penyampaian pingat di Naim Paragon Streetmall, Bintulu hari ini.

Tambah Roslan mereka menghadapi pelbagai liku dan cabaran yang sepanjang mengadakan latihan kerana ada beberapa peserta sudah pekerjaan selain ada atlet yang masih bersekolah.

“Fokus kita selepas ini untuk memberi latihan dan pendedahan kepada pelapis-pelapis baharu Muaythai Sarawak.

“Bagi atlet sedia pula, kita berhasrat untuk menghantar mereka menjalani latihan di luar negara bagi menambah baik mutu seni melibatkan kategori berkenaan,” tambahnya.

Sementara itu Mifdal Wafiy Ayatullah yang mendapat pingat emas di dalam kategori seni solo lelaki Wai Kru dan Mai Muay (duo) berkata, dia sangat berpuas hati kerana segala penat lelah selama ini berbaloi.

“Saya juga mendapat sokongan padu daripada ibu bapa, kawan-kawan, jurulatih serta orang di sekeliling yang terus menjadi penyuntik semangat saya untuk tidak mudah berputus asa,” katanya.

Kata Wafiy yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, aspek pelajaran tetap menjadi keutamaan walaupun sentiasa sibuk menjalani latihan.

Dia juga bersedia sekiranya diberi peluang untuk mewakili Sarawak atau Malaysia di dalam acara sukan di luar negara kelak.

Rakan duo Wafiy di dalam kategori Mai Muay yang juga mendapat pingat emas Mohamad Azrell Saifullah Abdullah berkata, latihan selama setahun lebih itu banyak membantu dalam memantapkan lagi persembahan di dalam acara Mai Muay.

“Saya dan Wafiy sentiasa memberikan komitmen yang tinggi untuk acara duo ini kerana ia nya melibatkan kerjasama berpasukan.

“Cabaran yang dihadapi akan ditempuhi dan diatasi bersama-sama bagi memudahkan kami membuat persembahan yang terbaik,” tambahnya.

Skuad Muaythai Sarawak turut mendapat pingat perak melalui Nur Iklil Zarifah Mohamad Affandi menerusi kategori seni solo wanita Wai Kru.

Bagi kategori Mai Muay (duo) Nur Arifah Mahsunah Baharom dan Ain Arisya Zulkeplie turut menyumbang pingat perak buat Sarawak. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan