Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Roland Sagah hadir pada Program Advokasi, Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak di SMK Tun Abdul Razak hari ini. Foto, TVS.

Lepasan sekolah di Sarawak disaran lanjut pengajian bidang STEM

SIBURAN, 19 Ogos: Dato Sri Roland Sagah Wee Inn menasihatkan generasi muda di Sarawak supaya memilih bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sebagai pilihan utama sekiranya melanjutkan pengajian tinggi.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak berkata, ini kerana bidang itu selari dengan hasrat Kerajaan Sarawak yang mahu generasi muda mengisi kekosongan lebih 5,000 jurutera yang diperlukan dalam pelbagai sektor teknologi hijau di wilayah ini.

Katanya pelan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang dilancarkan oleh Kerajaan Sarawak juga menghala ke arah penerokaan sumber tenaga hijau dan kelestarian alam sekitar.

“Ini bermaksud anda (pelajar) harus mempunyai ilmu pengetahuan berkaitan teknologi dan teknikal yang ditawarkan oleh STEM.

“Jadi pastikan anda masuk bidang berkenaan, beritahu kepada saudara mara, anak-anak serta penduduk kampung mengenai apa yang akan berlaku pada masa hadapan,”katanya.

Roland Sagah berkata demikian ketika berucap pada Program Advokasi, Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abdul Razak di sini hari ini.

Sementara itu beliau turut mengingatkan lepasan sekolah agar berhati-hati ketika memilih program yang ditawarkan terutama oleh kolej swasta.

“Dunia pekerjaan hari ini begitu mencabar, contohnya lebih 15,000 rakyat Sarawak telah memohon untuk menjadi guru di beberapa kawasan di sini namun tidak semua akan dipilih.

“(Oleh itu saya juga ingin cadangkan supaya) pelajar sekolah di Sarawak memilih bidang baharu yang juga diperlukan oleh Kerajaan Sarawak seperti kejuruteraan avionics, aeroangkasa dan biologi marin.

“Kursus ini ditawarkan di Kolej Universiti i-CATS,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan