Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara (KPN) Datuk Azman Mohd Yusof

KPN sambut baik reformasi perkhidmatan awam

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 19 Ogos: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mereformasikan perkhidmatan awam.

Ketua Setiausahanya Datuk Azman Mohd Yusof berkata, ia secara tidak langsung mencerminkan keprihatinan dan penghargaan kerajaan terhadap mutu dan prestasi penjawat awam di negara ini.

“Bagi merealisasikan hasrat ini, KPN akan mengutamakan pengukuhan struktur di kementerian dan kompetensi sumber manusia.

“Beberapa fungsi bahagian telah dimantapkan dengan penyatuan beberapa bahagian bagi mendukung gerak kerja KPN fokus kepada prestasi yang cemerlang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata hal ehwal pusingan kerja yang akan dilakukan di KPN akan melibatkan pengurusan tertinggi kementerian terlebih dahulu bagi meningkatkan kebolehan dan kecekapan pengurusan tertinggi memimpin pasukan masing-masing dan sentiasa bersedia dengan perubahan selaras dengan aspirasi.

Tambahnya, perancangan sumber manusia akan menyusul bagi membolehkan warganya memberi fokus kepada kompetensi fungsional.

“Ini agar warga KPN akan sentiasa berilmu, kompeten dan prestasi sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

“Penambahbaikan proses kerja juga akan diberi keutamaan dengan membawa perkhidmatan terus kepada rakyat tanpa mereka perlu hadir ke premis KPN serta diikuti beberapa penyelarasan lain merentasi KPN dan agensi juga akan dilaksanakan,” katanya lagi.

Tambah beliau lagi, KPN akan terus memberikan penekanan kepada aspek perpaduan dan meletakkannya sebagai asas dalam setiap dasar pembangunan yang dirangka selaras dengan agenda Malaysia MADANI.

Baru-baru ini, Perdana Menteri ketika Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 mengumumkan bahawa reformasi perkhidmatan awam diterjemahkan di peringkat kementerian dan agensi-agensi di bawahnya.

Antara intipatinya adalah, meningkatkan kadar produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam, meningkatkan kesediaan penjawat awam dalam melaksanakan perubahan dan meningkatkan daya saing negara akan dilaksanakan dengan baik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan