Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet kumite wanita berpasukan meraikan kejayaan meraih emas bersama barisan jurulatih Foto, Salasiah Safian (TVS).

Karate: Selangor kuasai kumite berpasukan

BySalasiah Safian

MIRI, 19 Ogos: Selangor berjaya raih pingat emas kumite berpasukan wanita Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.

Kejayaan itu diraih oleh K.S Yashilini, G. Srikah dan N. Haretashni yang menewaskan Terengganu dengan keputusan 15-8.

Ketua jurulatihnya, S. Prem Kumar berkata, apa yang berbeza ialah pada SUKMA kali ini pingat perak dimenangi oleh pasukan lelaki.

“Jadi saya rasa gembira sekurang-kurangnya kami membawa pemain terbaik untuk pasukan kumite lelaki dan wanita dan dapat masuk final untuk SUKMA 2022 dan 2024.

“Jadi saya berasa bangga kerana Selangor sentiasa ada barisan pemain yang terbaik,” katanya ketika ditemui media di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini.

Dalam kategori lelaki Selangor gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangi mereka dua tahun lepas apabila tewas kepada Johor dengan keputusan 28-7.

Dalam pada itu, Prem Kumar turut memuji hospitaliti yang ditunjukkan oleh Sarawak selaku tuan rumah yang menurutnya berada pada tahap yang sangat baik.

“Saya berterima kasih kepada penganjur, barisan juri, Majlis Sukan Negeri Selangor.

“Tidak lupa juga kepada media yang membuat liputan, para penyokong yang tidak henti-henti menyokong sehingga habis perlawanan. Ia merupakan vitamin kepada para atlet.

“Jadi kami rasa sangat bertuah datang ke Miri, rasa seperti sangat dialu-alukan,” ujarnya lagi.

Karate menutup gelanggang hari ini setelah bermula pada 17 Ogos lalu.

Wilayah Persekutuan muncul juara keseluruhan dengan meraih empat emas, satu perak dan tujuh gangsa.

Johor di tempat kedua dengan tiga emas, tiga perak dan empat gangsa dan diikuti Sabah dengan dua emas, tiga perak dan enam gangsa.

Sarawak turut berhasil menuai satu emas dan dua gangsa. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan