Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beberapa kawasan rendah di Kampung Mentung Mubuk, Jalan Slabi/Mentung, Serian, dilanda banjir kilat pagi tadi. Foto JBPM

Kampung Mentung Bubuk dilanda banjir kilat

SERIAN, 19 Ogos: Beberapa kawasan rendah di Kampung Mentung Mubuk, Jalan Slabi/Mentung di sini, dilanda banjir kilat pagi tadi.

Komander Operasi, PBK I KUP Gilbert Majem berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian menerima laporan berhubung kes itu jam 6.53 pagi dengan menggerakkan anggotanya ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi banjir telah berlaku di jalan masuk ke kampung tersebut, mengakibatkan pergerakan penduduk kampung ke lokasi yang lain terbatas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, disebabkan banjir kilat itu aktiviti persekolahan anak-anak tidak dapat dilaksanakan.

“Paras air di laluan ke kampung lebih kurang 1 kaki. Bagaimanapun, dilaporkan tiada rumah yang terlibat dimasuki air. Trend air adalah naik secara perlahan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan