Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekumpulan kaki sabung ayam bertempiaran lari selepas diserbu polis ketika sedang menyabung ayam di kawasan tanah lapang kebun sawit, Jalan Ulu Skrang, Sri Aman, petang semalam. Foto IPD Sri Aman

Kaki sabung ayam bertempiaran lari diserbu polis, 6 berjaya diberkas

SRI AMAN, 19 Ogos: Sekumpulan kaki sabung ayam bertempiaran lari selepas diserbu polis ketika leka menyabung ayam di kawasan tanah lapang kebun sawit, Jalan Ulu Skrang di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mathew Manggie berkata, bertindak atas maklumat sepasukan polis dari Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman membuat serbuan pada jam 3.30 petang.

“Selepas menjerit memperkenalkan diri sebagai polis dan menyedari kehadiran polis sekumpulan lelaki yang berada di kelang sabung itu bertempiaran melarikan diri.

“Pasukan serbuan bertindak mengejar kesemua kaki sabung dan berjaya menangkap enam orang manakala yang lain berjaya melarikan diri ke dalam hutan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua suspek lelaki yang ditangkap terdiri daripada tiga warga emas berusia 61, 64 dan 69 tahun manakala tiga suspek lain berusia 25, 27 dan 52 tahun.

“Turut dirampas ialah tiga ekor ayam hidup, (1) ekor ayam mati, (1) unit penimbang, (1) papan catit pertaruhan, (1) kerusi plastik, (1) meja plastik dan (2) bilah taji ayam

“Kesemua tangkapan mengaku mereka ada terlibat di dalam aktiviti sabung ayam tersebut,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan dan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan