Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Juara bertahan bimbingan jurulatih Pang Sii Chuong menang dengan keputusan 25-11, 25-19, 25-12 ke atas Kedah yang telah kalah dua perlawanan sebelum ini untuk mendapat sembilan mata. Foto: Bernama

Juara bertahan Sarawak tempah tiket ke separuh akhir bola tampar lelaki

ByBernama

SIBU, 19 Ogos: Pasukan tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 mengesahkan tempat ke separuh akhir acara bola tampar lelaki selepas menewaskan Kedah dalam pertemuan Kumpulan A di Stadium Bola Tampar Taman Rejang di sini hari ini.

Juara bertahan bimbingan jurulatih Pang Sii Chuong menang dengan keputusan 25-11, 25-19, 25-12 ke atas Kedah yang telah kalah dua perlawanan sebelum ini untuk mendapat sembilan mata.

Pegawai bola tampar Sarawak Lau Sie Long yang berbangga dengan prestasi pasukan itu berharap anak buahnya dapat meneruskan momentum cemerlang untuk menentang Selangor yang juga naib juara Kumpulan B.

“Kami menetapkan matlamat untuk memenangi pingat emas bagi kedua-dua pasukan lelaki dan wanita. Dengan prestasi yang ditunjukkan setakat ini, kami yakin impian itu boleh direalisasikan,” katanya.

Dalam saingan Kumpulan A Johor mengutip lima mata untuk menduduki tempat kedua, Pahang di tempat ketiga dengan empat mata manakala Kedah yang gagal memperoleh sebarang mata menduduki tempat keempat.

Wilayah Persekutuan, Selangor, Sabah dan Terengganu yang diletakkan dalam Kumpulan B masih mempunyai baki satu perlawanan esok.

Wilayah Persekutuan yang menduduki tempat teratas kumpulan dengan lima mata akan bertemu Sabah yang telah mengutip tiga mata.

Selangor yang berada di tempat kedua dengan empat mata akan bertemu Terengganu yang masih belum mengutip sebarang mata.

Pertandingan untuk merebut tempat ketiga dan keempat akan diadakan pada Khamis manakala final pada Jumaat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan