Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Roland Sagah Wee Inn menunjukkan isyarat mini love selepas menurunkan tandatangan di mural dihasilkan khas sempena Program Advokasi, Perlindungan Kanak-Kanak. Foto TVS

Isu projek sakit SMK Tun Abdul Razak mendapat perhatian Roland Sagah

SIBURAN, 19 Ogos: Isu projek sekolah yang terbengkalai di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abdul Razak mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat itu yang juga merupakan alumni sekolah berkenaan meminta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak sekolah mengemukakan laporan bertulis mengenai projek terbengkalai yang berlaku di sekolah tersebut.

Jelas beliau lagi, peruntukan pembangunan sekolah adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan, namun beliau berjanji akan mengemukakan laporan kepada pihak yang berwajib.

“Ini adalah projek sakit dan kontraktor terbabit telah meninggalkan projek dan tidak menyiapkan projek.

“Jadi saya meminta pihak PIBG membuat laporan kepada saya dan kita lihat apa yang kita boleh lakukan melalui kementerian saya dan Kementerian Pendidikan dan ia turut melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Daerah juga akan terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Advokasi, Perlindungan Kanak-Kanak, Kasih Kanak-Kanak di SMK Tun Abdul Razak di sini, hari ini.

Ditanya pemberita jumlah projek sakit yang terdapat di sekolah seluruh Sarawak, Roland menegaskan bahawa kementeriannya mempunyai maklumat jumlah projek yang sakit di semua sekolah seluruh Sarawak.

Katanya lagi, setiap projek yang dikategorikan sebagai sakit akan di klasifikasikan mengikut keadaan projek tersebut.

“Sesetengah projek yang terbengkalai berlaku bukan dengan niat tetapi disebabkan kesilapan perancangan.

“Ada sesetengah projek tersebut berdaftar tetapi ketika mereka melaksanakan projek tersebut, mereka tidak mempunyai dana dan ini menyebabkan mereka kontraktor bermasalah dengan pekerja yang melaksanakan projek mereka,” katanya lagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan