Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasangan beregu campuran Selangor, Wong Vin Sean-Ho Lo Ee bercakap kepada pemberita selepas mengesahkan tempat ke final acara berpasukan campuran esok. Foto, TVS.

Badminton: Selangor, W.Persekutuan tentukan emas berpasukan campuran esok

ByNur Suhaida Muliyono

SIBU, 19 Ogos: Selangor dan Wilayah Persekutuan (WP) bakal berentap pada perlawanan akhir badminton berpasukan campuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 pagi esok di Stadium Tertutup Sibu.

Selangor mara selepas menewaskan Sarawak 3-0 dalam separuh akhir manakala Wilayah Persekutuan menyingkirkan Pulau Pinang dengan keputusan sama.

Pasangan beregu campuran WP, Low Han Chen dan Odelia Wong Qiao Shi yang menghadiahkan mata kemenangan buat pasukan dengan menewaskan Ong Zhen Yi-Tan Zhing Yi dengan keputusan 21-9, 21-18 berkata, misi mereka masih belum berakhir.

Pada masa sama, pasangan itu tidak mahu terlalu memikirkan final yang akan berlangsung 10 pagi esok namun berikrar akan memberikan terbaik.

“Han Chen berpesan kepada saya supaya bersabar, jangan terburu-buru untuk menang, kena harungi langkah demi langkah.

“Itulah yang akan dilakukan esok,” kata Odelia kepada pemberita selepas perlawanan.

Ditanya mengenai persaingan sengit dengan Pulau Pinang dalam separuh akhir, Han Chen mengakui  lawan memberikan tentangan hebat kepada mereka.

“Set pertama mungkin mereka belum menemui rentak tetapi pada set kedua, mereka keluarkan taring,” jelasnya.

Pasangan itu mengakui Selangor mempunyai kekuatan tersendiri yang tidak boleh dipandang mudah.

Sementara itu pasangan beregu campuran Selangor, Wong Vin Sean-Ho Lo Ee berharap mereka dapat mengekalkan momentum permainan seperti hari ini dalam perlawanan akhir.

Menurut Vin Sean, mereka menjangkakan saingan sengit bakal ditampilkan oleh WP.

“Saya rasa permainan kami hari ini bagus dan saya berharap kami boleh kekalkan prestasi seperti ini dalam perlawanan akhir nanti.

“Pasukan lawan kuat juga, kami akan bersedia dengan lebih baik dan lebih fokus dalam perlawanan akhir kelak,” katanya.

Vin Sean-Lo Ee membawa pasukan ke final selepas menang 21-13 dan 21-12 ke atas pasangan tuan rumah, Jeremy Juan-Kashley Kho dengan keputusan 21-13, 21-12.

Dalam pada itu pemain perseorangan wanita WP, Ong Xin Yee berkata beliau mahu memperbaiki beberapa aspek dalam permainannya sebelum beraksi esok.

“Saya mahu lebih konsisten dan lebih bersabar ketika dalam permainan.

“Saya tidak mahu terlalu berfikir banyak dan hanya akan berikan yang terbaik dalam perlawanan,” jelasnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan