Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada syarikat dari Korea Selatan di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto Pejabat Premier Sarawak

Abang Johari bincang perkembangan Projek H2biscus dengan syarikat Korea Selatan

ByAdlina Rahman

KUCHING, 19 Ogos: Perkembangan Projek Hidrogen Hijau H2biscus Sarawak (Projek H2biscus) merupakan topik dibincangkan dalam pertemuan antara Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dengan tiga syarikat dari Korea Selatan, hari ini.

Sehubungan itu, Naib Presiden Eksekutif Samsung E&A, Sean Chung berkata pihaknya meminta pandangan Premier bagi memastikan kejayaan projek berkenaan.

Sean Chung selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto Harold (TVS)

Menurutnya, satu kertas cadangan perlu dirangka untuk melaksanakan proses tender menjelang September ini.

“Kami telah membentangkan perkembangan kepada Premier mengenai maklum balas berkenaan proses tender yang memerlukan kertas cadangan untuk dibuat menjelang pertengahan September.

“Kami meminta pandangan Premier supaya kami boleh membuat kertas cadangan itu pada akhir Ogos ini,” katanya ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia, di sini.

Turut serta dalam kunjungan hormat itu, dua lagi syarikat dari Korea Selatan – Korea National Oil Company (KNOC) serta LOTTE Chemical Corporation – dan SEDC Energy (SEDCE) Sdn Bhd.

Menjelas lanjut, Sean berkata Abang Johari amat menitikberatkan perkembangan projek yang sangat penting dan beliau bersetuju untuk mempertimbangkan dengan teliti kertas cadangan dikemukakan.

Projek H2biscus ini adalah untuk menghasilkan hidrogen bersih berasaskan tenaga boleh diperbaharui di Sarawak yang telah dilancarkan pada awal 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan