Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rusyaidi meraikan kejayaan menewaskan wakil Negeri Sembilan pada acara pencak silat SUKMA 2024 di Miri. Foto Akma Salleh

Wakil Sarawak tumpaskan pesilat N. Sembilan, intai peluang ke suku akhir

ByAkma Salleh

MIRI, 18 Ogos: Atlet tuan rumah, Rusyaidi Fitri Nazir mencerahkan peluangnya ke suku akhir acara pencak silat kategori C (55 – 60 kg) Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 selepas menewaskan wakil Negeri Sembilan, Muhammad Hafiq Muhaimin Abdullah.

Rusyaidi menampilkan aksi lebih tangkas sekali gus memikat juri memberikan 48 mata berbanding 42 oleh lawannya.

Menurut Rusyaidi, 20, dia perlu kekal fokus kerana akan mengharungi satu lagi pertarungan penting malam ini untuk menentukan slot ke suku akhir.

“Buat masa ini saya belum dapat berpuas hati dan akan berusaha untuk melakukan yang lebih baik,” katanya ketika ditemui media di Stadium Bandaraya Miri sejurus tamat perlawanan hari ini.

Sementara itu, jurulatihnya, Fadzil Jamain berkata beliau yakin anak buahnya akan dapat mengatasi lawan walaupun saingan tadi berlangsung sengit.

“Agak mendebarkan sebenarnya tapi saya yakin dia boleh menang kerana kami lakukan persiapan rapi selama tiga bulan. Alhamdulillah Rusyaidi mampu mengawal perlawanan.

“Sebenarnya pihak lawan agak agresif tadi, saya risau dia (Rusyaidi) terpancing dengan taktik pihak lawan,” katanya.

Rusyaidi mendahuli lawannya dengan skor 14-13 pada pusingan pertama diikuti 27-21 dan pusingan ketiga dengan skor 48-42. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan