Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis memberkas tujuh lelaki disyaki terbabit dalam kekecohan melibatkan penyokong bola sepak semasa perlawanan Liga Super antara Perak FC dan Johor Darul Ta’azim (JDT) di Stadium Indera Mulia di sini semalam. Foto Bernama

Tujuh lelaki ditahan buat kecoh di stadium

IPOH, 18 Ogos: Polis memberkas tujuh lelaki disyaki terbabit dalam kekecohan melibatkan penyokong bola sepak semasa perlawanan Liga Super antara Perak FC dan Johor Darul Ta’azim (JDT) di Stadium Perak malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek berusia antara 19 hingga 32 tahun itu ditahan kerana membuat kekecohan dan provokasi yang akan mengancam ketenteraman awam.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek warga tempatan itu negatif dadah selain mereka tiada rekod lampau.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh gempar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Abang Zainal Abidin berkata, pihaknya turut memberkas seorang remaja lelaki berusia 16 tahun kerana menghalang tugas polis dengan membaling botol ke arah polis.

Katanya, suspek yang tiada rekod lampau didapati negatif ujian saringan air kencing.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Beliau menambah, polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kedua-dua kes berkenaan dan akan merujuk kepada Pendakwa Raya Negeri Perak untuk cadangan pertuduhan.

Sementara itu, perlawanan antara Perak FC dan JDT itu yang baharu berlangsung kira-kira tiga minit ditunda ekoran hujan lebat dan air bertakung atas padang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan