Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Texas Jeremy Lo bangga dengan pencapaiannya setakat ini selepas berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir. Foto Steward Dawi (TVS)

SUKMA: Texas Jeremy hanya ambil masa bawah 10 saat tumbangkan lawan

BySteward Dawi

BINTULU, 18 Ogos: Atlet Muaythai lelaki Sarawak, Texas Jeremy Lo hanya mengambil masa di bawah 10 saat berjaya menumbangkan lawannya dari Kelantan, Mohammad Rafid Aizril dałam aksi Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di sini, petang semalam.

Dia yang merupakan antara sandaran skuad Muaythai Sarawak untuk memburu pingat emas menyatakan hanya melakukan teknik yang patut melalui sepakan dan tumbukan padu yang akhirnya dalam sekelip mata kemenangan menjadi miliknya menewaskan lawannya.

“Sememangnya saya ada strategi tersendiri selepas ini, tetapi tidak dapat berkongsi secara terperinci,” katanya ketika ditemui media selepas perlawanan menentang Kelantan pada Sabtu.

Texas Jeremy memberitahu, latihan dua kali sehari, enam kali seminggu yang menjadi rutin harian bagi memantapkan teknik dan persediaan untuk berentap di SUKMA tahun ini berbaloi.

“Sokongan daripada ayah saya, para jurulatih dan orang ramai yang datang menyaksikan perlawanan juga turut membakar semangat saya dan atlet Muaythai Sarawak yang lain (lelaki dan wanita) berjuang,” jelasnya.

Kemenangan menewaskan peserta dari Kelantan menjadi tiket Texas Jeremy melayakkan diri melangkah ke pusingan separuh akhir kategori combat yang bakal berlangsung hari ini.

Antara barisan atlet lelaki Muaythai Sarawak yang berjaya ke peringkat separuh akhir combat (hari keempat perlawanan) selain Texas Jeremy (54-57kg) ialah Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar (51-54kg), Mohammad Izzat Zulfaqar Hazrid (60-63.5kg), dan Azhad Haziq Syafaat Abdul Khalid (67-71kg).

Sementara itu atlet Muaythai wanita Sarawak yang berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir ialah Maurien Hii Sie Lin (48-51kg), dan Cherilynn Christalle Chan Qi Qi (51-54kg). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan