Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gan Chen Jie yang meraih pingat emas mencatatkan 574 mata, sekali gus memecah rekod SUKMA 2022. Foto Bermama

SUKMA: Satu rekod temasya ‘lebur’ pada Sabtu

ByBernama

KUCHING, 18 Ogos: Satu rekod temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 diperbaharui pada Sabtu dalam acara 50 meter (m) Raifal 3 Posisi individu wanita yang berlangsung di Lapang Sasar Sarawak di sini.

Penembak Negeri Sembilan Gan Chen Jie yang meraih pingat emas mencatatkan 574 mata, meleburkan rekod milik penembak Perak Nurul Syafani Nabilah Abdul Razak yang melakukan bidikan 569 mata pada edisi 2022 di Kuala Lumpur.

Sementara itu, tuan rumah terus cemerlang dengan 13 pingat emas setakat 11.30 malam Sabtu untuk mengungguli carta pungutan pingat.

Sarawak diekori rapat Wilayah Persekutuan yang mengumpul sembilan emas diikuti Terengganu dengan lapan emas, Pulau Pinang (enam).

Sebanyak 35 pingat emas akan dipertandingkan esok, membabitkan sukan karate yang menawarkan lapan emas, taekwondon dan menembak masing-masing enam manakala memanah dan golf, empat.

Skuasy, petanque dan tenpin boling menawarkan dua emas manakala satu dalam acara gimrama untuk direbut oleh atlet bertanding.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan