Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Negeri Sembilan berjaya meraih pingat pertama boling tenpin SUKMA 2024 menerusi acara trio lelaki di Sarawak Megalanes, Batu Kawa hari ini. Foto, Nadim Bokhari (TVS).

SUKMA: N.Sembilan raih emas trio lelaki boling tenpin

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 18 Ogos: Negeri Sembilan menamatkan kemarau pingat acara boling tenpin pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak apabila trio lelakinya berjaya meraih emas di Sarawak Megalanes, Batu Kawa hari ini.

Kombinasi Azraei Najmi Azizan, Izz Naqiuddin Putera Islahuddin dan Carl Zharfan Aisy Redzuan melengkapkan enam permainan dengan catatan 3,726 pin untuk mengungguli acara berkenaan.

Juara acara itu pada SUKMA 2022 di Kuala Lumpur, Megat Zaqrul Haiqal Megat Zairudin dan Muhammad Hariz Adlan Azman yang bergandingan dengan Muhammad Aqil Faizal mewakili Pulau Pinang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak, ketinggalan 15 pin.

Perak yang menurunkan Ammar Isyraf Mohammad Qhairul Nizzam, Wooi Zi Jun dan Chong Yew Jin pula membawa pulang gangsa selepas membenam 3,681 pin.

Trio Sarawak yang dibarisi Cornelius Aldhelm Sajat, Muhammad Isyraq Iqbal Ramadhan dan Muhammad Ihsan Fikri Suffian menamatkan saingan di kedudukan ke-12 dengan jatuhan 3,414 pin.

Satu lagi trio Sarawak yang diwakili pemenang pingat emas beregu campuran, Tsen Fan Yew bersama Eldred Yek Zhen Kho dan Ethan Damien pula tercicir di tangga ke-18.

Dałam kategori wanita, Wilayah Persekutuan yang dibarisi Nur Aisyah Abdul Rahim, Ng Ai Shan dan Haiffa Hazlan menguasai kedudukan teratas dengan 1,827 pin.

Selangor di tempat kedua (1,842 pin) manakala Kedah yang diwakili Nur Anis Anisya Muhamad Zaffli, Farissa Najihah Yousmera dan Nurul Anis Nabila Mohd Nizam ketiga dengan catatan 1,834 pin.

Pemenang tiga pingat emas SUKMA 2024, Nur Hazirah Ramli bersama Lavinia Kho dan Asya Dania Azree pula di kedudukan keempat dengan himpunan 1,815 pin.

Aksi blok kedua trio wanita membabitkan tiga permainan sedang berlangsung untuk menentukan pemenang emas. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan