Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abdul Karim bersama wakil ICC dan Persatuan Kriket Malaysia pada sidang media pengumuman Sarawak sebagai tuan rumah Piala Dunia Kriket Wanita Bawah 19 Tahun di Kuching tahun depan. Foto, TVS.

Sarawak jadi tuan rumah Piala Dunia Kriket Wanita Bawah 19 Tahun pada Januari 2025

ByAsmah Adenan

KUCHING, 18 Ogos: Sarawak dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Kriket Wanita Bawah 19 tahun pada Januari 2025.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin penganjuran acara berkenaan di Bumi Kenyalang akan melonjakkan populariti sukan itu di sini seperti Muaythai dan kabaddi.

Kejohanan berkenaan jelas beliau dianjurkan oleh Persatuan Kriket Malaysia dengan kerjasama Majlis Kriket Antarabangsa (ICC).

“Oleh itu, kita akan memastikan fasiliti yang ada akan ditambah baik kerana ini kejohanan peringkat dunia.

“Ramai (peserta, jurulatih serta pegawai pasukan) akan datang untuk melihat apa yang ditawarkan dan (oleh itu) kita akan menyediakan fasiliti yang lebih selesa,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Persatuan Kriket Malaysia, Mohammed Iqbal Ali dan Ahli Pengarah ICC, Mahinda Vallipuram.

Setakat ini 16 negara iaitu India, Sri Lanka, Malaysia, England, Pakistan, Ireland, America Syarikat, New Zealand, Afrika Selatan, Samoa, Australia, Bangladesh dan Scotland mengesahkan penyertaan.

Sementara itu Abdul Karim berkata, kementerian beliau akan berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bagi menjadikan kriket sebagai sukan yang akan dimainkan di sekolah seperti Muaythai dan kabaddi.

“Selain itu, kriket juga tidak memakan modal yang banyak seperti berbasikal yang memerlukan pelbagai peralatan,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan