Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Clarkson Evans Tom Frankie akan bertemu dengan Aelfred Eter Tohiron dari Sabah pada saingan peringkat separuh akhir pada 20 Ogos ini. Foto: Muqri Aziz (TVS)

Petinju Sarawak bersyukur tewaskan pencabar terkuatnya, mara ke separuh akhir

ByMuqri Aziz

SRI AMAN, 18 Ogos: Petinju Sarawak, Clarkson Evans Tom Frankie menarik nafas lega selepas berjaya menewaskan ‘musuh tradisinya’, Muhammad Mukhriz Khan Muzafar Khan pada suku akhir Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 sebentar tadi.

Clarkson Evans berkata dia sangat berpuas hati kerana sebelum ini pernah tewas dua kali kepada atlet Pulau Pinang itu bagi pertarungan kategori 48 kilogram (kg).

Kemenangan itu membawanya ke separuh akhir bertemu Aelfred Eter Tohiron dari Sabah pada 20 Ogos ini.

Alfred layak selepas menumpaskan Muhammad Imran Naim Abdullah dari Melaka.

Sementara itu Clarkson Evan berkata, kali terakhir dia bertarung dengan Muhammad Mukhriz Khan pada Kejohanan Sukan Tempur Kebangsaan 2024 di Serdang, Selangor, Jun lepas.

“Sejujurnya dalam gelanggang tadi, saya berasa agak gemuruh tetapi syukur pada pertarungan kali ketiga kami, saya berjaya menumpaskan Mukhriz,” katanya yang mencatatkan kemenangan 5-0.

Dedah atlet berusia 19 tahun itu, dia menggunakan segala ilmu dan strategi yang diajar oleh jurulatih ketika pertarungan tadi untuk memastikan kemenangan.

Clarkson Evans yang kali pertama bertanding pada SUKMA berkata dia akan melakukan yang terbaik bagi membutir emas buat Bumi Kenyalang.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Tinju Sarawak Helman Morni berpuas hati dengan prestasi anak-anak buahnya dan mahu mereka terus fokus selepas mara ke peringkat seterusnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan