Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Upacara perasmian SUKMA Sarawak di Kuching malam tadi berjalan lancar dan menerima pujian pelbagai pihak. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Perasmian SUKMA Sarawak dipuji, persiapan sejak April – Abdul Karim

ByAsmah Adenan

KUCHING, 18 Ogos: Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mendedahkan persiapan untuk Majlis Perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang berlangsung gilang gemilang malam tadi telah bermula sejak April lepas.

Beliau yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak berkata, persembahan serta gimik melibatkan pelajar sekolah serta penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta itu diselia oleh Majlis Seni Sarawak (MSS).

“(Sebenarnya) saya berasa sedikit bimbang semasa raptai penuh kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

“(Namun) saya tidak menyangka keadaan cuaca semalam begitu baik dan majlis berjalan dengan jayanya,” katanya pada sidang media di sini sempena pemilihan Sarawak sebagai tuan rumah Piala Dunia Kriket Wanita Bawah 19 tahun pada Januari 2025.

Pertunjukan laser, dron gamit pembukaan SUKMA 2024 Sarawak, serlah semangat perpaduan

Lebih 40,000 penonton memenuhi Stadium Sarawak semalam untuk menyaksikan secara langsung majlis perasmian yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Turut hadir, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Pada majlis malam tadi, ruang udara stadium diserikan dengan pertunjukan dron bercahaya membentuk tulisan SUKMA Sarawak, SUKMA XII, Semangat Perpaduan Membara dan I Love Malaysia.

Bertemakan ‘SUKMA Sarawak Kesukanan Dalam Perpaduan’, orang ramai turut dihiburkan dengan persembahan tradisional pelbagai etnik Bumi Kenyalang.

Orang ramai turut memberi pujian menerusi media sosial dengan menyifatkan Sarawak berjaya menampilkan persembahan perasmian terbaik dalam sejarah SUKMA malah ada yang berpendapat majlis itu lebih tersusun berbanding pembukaan upacara sukan antarabangsa baru-baru ini.

Sementara itu Abdul Karim berkata, beliau berpuas hati dengan sambutan dan maklum balas orang ramai berhubung upacara perasmian semalam.

“Saya boleh katakan bahawa ini merupakan perasmian SUKMA yang terbaik yang pernah kita lakukan dan keadaan cuaca yang baik semalam juga membantu acara ini berjalan dengan lancar.

“Selain itu, saya turut berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan perasmian kali ini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan