Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pemuda berusia 22 tahun cedera selepas tong gas yang digunakan untuk memasak terbakar dalam kejadian di Cafeteria Hospital Miri, pagi tadi. Foto JBPM

Pemuda cedera, tong gas digunakan memasak terbakar

MIRI, 18 Ogos: Seorang pemuda berusia 22 tahun cedera selepas tong gas yang digunakan untuk memasak terbakar dalam kejadian di Cafeteria Hospital Miri di sini, pagi tadi.

Komander Operasi, PBK II KUP Garvin Maya John berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 8.57 pagi dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan tong gas memasak dan berjaya dipadam oleh pekerja sebelum pihak bomba sampai.

“Pihak bomba hanya membuat pemantauan di lokasi bagi memastikan keadaan benar-benar selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa yang cedera telah dibawa oleh pihak pekerja ke hospital untuk mendapat rawatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan