Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awangku Jinal (duduk dua kiri) pada Mesyuarat Parti PBB Cawangan Bukit Sari. Foto TVS

PBB pastikan ikatan perpaduan dalam GPS diperkukuh – Awangku Jinal

LAWAS, 18 Ogos: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) terus berperanan memastikan ikatan perpaduan dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) diperkukuh sekali gus membawa Sarawak terus makmur, harmoni dan maju.

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa berkata, GPS berada pada landasan betul untuk menjadikan Sarawak menjadi lebih stabil dan kuat, demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Parti PBB Cawangan Bukit Sari dan Exco Parti PBB Sarawak berkata, perpaduan rakyat Sarawak merupakan kekuatan yang dibentuk daripada kelompok kecil di kampung hingga kepada seluruh rakyat Sarawak.

“Kita di Sarawak tidak ada perbezaan bangsa, kaum dan agama, itulah perjuangan yang GPS amalkan selama ini, kita kekalkan perpaduan,” katanya pada Mesyuarat Parti PBB Cawangan Bukit Sari dan Sesi Taklimat Ketua-Ketua Ranting, Wanita Pemuda dan Belia Parti PBB Cawangan Bukit Sari di Dewan Lembaga Amanah Khairat Islam Lawas(LAKHIL) hari ini.

Beliau turut mengajak ahli parti PBB untuk menolak sebarang usaha memecah belahkan perpaduan rakyat Sarawak di media sosial atau mana-mana sumber yang seumpamanya.

Kekuatan Sarawak katanya, adalah terletak pada aspek perpaduan rakyatnya yang berbilang kaum dan agama yang wajib dipertahankan seluruh rakyat Sarawak.

Turuh hadir ialah Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong dan semua ahli jawatankuasa tertinggi parti PBB Cawangan Bukit Sari Lawas.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan