Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu telah menahan sebuah bot tunda bersama tongkang di kedudukan 1.7 batu nautika barat laut Kuala Kemena Bintulu kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan sekitar jam 10.40 pagi semalam. Foto Maritim Malaysia

Maritim tahan bot tunda dan tongkang disyaki lakukan pelbagai kesalahan di perairan Bintulu

BINTULU, 18 Ogos: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu telah menahan sebuah bot tunda bersama tongkang di kedudukan 1.7 batu nautika barat laut Kuala Kemena Bintulu kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan sekitar jam 10.40 pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, bot ronda Maritim Malaysia ketika dalam OP PERMAI 01/2019 dan OP TIRIS 3.0 telah melakukan pemeriksaan terhadap bot tunda dan tongkang yang sedang berapung dan merapat antara satu sama lain.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot tunda itu dikendalikan oleh tiga kru warga tempatan dan satu kru warga Myammar dalam lingkungan usia 20 hingga 36 tahun manakala tongkang terbabit telah dikendalikan oleh satu kru warga tempatan berusia  52 tahun.

“Bot tunda dan tongkang berserta kru ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana tidak memaklumkan secara bertulis kepada Pendaftar Kapal berhubung pertukaran nama nakhoda dan beroperasi tanpa memiliki Lesen Perkapalan Domestic (DSL) yang sah serta di bawah Akta Kastam 1967 kerana tidak mendapat kebenaran untuk berlabuh di sisi kapal laut dalam kawasan pelabuhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua aset bersama kru ditahan seterusnya dibawa ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Zon Maritim Bintulu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Maritim Malaysia sentiasa mengingatkan kesemua komuniti maritim supaya mematuhi segala peraturan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut,” tegasnya.

Sebarang maklumat dan aduan mengenai aktiviti yang mencurigakan serta insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan NG999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314 254) / Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) untuk maklum balas segera. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan