Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perkhidmatan udara kargo baharu yang menghubungkan Zhengzhou, ibu kota Wilayah Henan di tengah China, Wuhu di Wilayah Anhui di timur China dan Seoul, Korea Selatan, dilancarkan pada Jumaat, lapor Xinhua. Foto hiasan Envato

Laluan kargo udara baharu hubungkan bandar China dengan Seoul

ByBernama

TIANJIN, 18 Ogos: Perkhidmatan udara kargo baharu yang menghubungkan Zhengzhou, ibu kota Wilayah Henan di tengah China, Wuhu di Wilayah Anhui di timur China dan Seoul, Korea Selatan, dilancarkan pada Jumaat, lapor Xinhua.

Sebuah pesawat pengangkut yang dikendalikan oleh Tianjin Air Cargo, sarat dengan keperluan harian dan barangan e-dagang, meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Zhengzhou Xinzheng ke Seoul melalui Wuhu pada Jumaat, menurut syarikat penerbangan kargo itu.

Penerbangan itu menandakan pelancaran rasmi laluan kargo udara antarabangsa baharu.

Perkhidmatan kargo domestik antara Zhengzhou dan Wuhu dilancarkan pada 5 Ogos, menurut Tianjin Air Cargo, sambil menambah bahawa perkhidmatan itu diperluaskan ke Seoul, yang membantu meluaskan koridor udara untuk logistik import dan eksport antara wilayah tengah dan timur China dan Korea Selatan, meningkatkan kecekapan pengangkutan kargo dengan ketara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan