Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Karnival SUKMA Sarawak 2024 Bahagian Sri Aman mendapat sambutan yang amat mengalakkan. Foto Jazni Hanif (TVS)

Karnival SUKMA Sarawak 2024 di Sri Aman promosi sektor pelancongan, usahawan tempatan

ByMuqri Aziz

SRI AMAN, 18 Ogos: Penganjuran Karnival Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang diadakan di semua bahagian di Sarawak sepanjang temasya itu berlangsung bertujuan bagi mempromosikan pelancongan menarik serta meningkatkan keuntungan kepada usahawan tempatan.

Di Bahagian Sri Aman yang diadakan di pekarangan Stadium Tertutup, Kompleks Sri Aman yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Snowdan Lawan pada  (16 Ogos), sebanyak 34 usahawan anak jati Simanggang mempromosikan produk mereka seperti kraftangan, produk berasaskan agrotek dan agromakanan.

Menurut Setiausaha Majlis Pembangunan Usahawan Bahagian (MPUB) Sri Aman, Jack Line Medan Ikom, karnival yang dianjurkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) itu secara tidak langsung memperkenalkan produk mereka kepada pengunjung luar terutamanya para atlet dan pegawai yang berkampung di bandar ini selama dua minggu itu.

“Sambutan karnival yang baharu sahaja dilancarkan adalah luar biasa dan memberangsangkan di mana selepas sahaja Datuk Snowdan Lawan merasmikan Majlis Perasmian Acara Sukan Tinju, kita diserbu oleh pengunjung-pengunjung yang datang dimana mereka juga turut dihiburkan persembahan busking.

“Bukan itu sahaja, kita juga berkolaborasi dengan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) melalui Divisional Tourism Task Group (DTTG) untuk mempromosi sektor pelancongan di Sri Aman serta memberi maklumat kepada pengunjung tempatan mahupun pengunjung luar berkenaan dengan pembangunan yang akan, dan sedang dalam pelaksanaan di Bahagian Sri Aman,” katanya ketika ditemui TVS.

Jack yang juga Setiausaha DTTG itu juga berkata, MTCP juga membuka reruai mereka yang disajikan dengan persembahan tarian kebudayaan Sarawak seperti tarian suku Iban, tarian suku Bidayuh dan tarian suku Orang Ulu.

Karnival yang berlangsung sehingga 24 Ogos ini bermula jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam itu turut diselitkan dengan acara menarik seperti demo kraftangan dan juga pertunjukan parang.

Turut dijual cenderamata SUKMA Sarawak 2024 untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan buat penduduk di bahagian ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan