Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Muhammad Shahrizal (kiri), Alice Maran (tengah) dan Angela Dolen (kanan) semasa ditemui TVS di Stadium Muhibbah, Bintulu baru-baru ini. Foto: Steward Dawi

SUKMA: Sukarelawan teruja tabur bakti, temasya sukan beri inspirasi

BySteward Dawi

BINTULU, 17 Ogos: Keterujaan dan semangat Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 bukaan hanya dirasai oleh para atlet malahan para sukarelawan yang bertugas di setiap venue sukan turut merasainya.

Menurut Alice Maran berasal dari Bintulu, 22, melalui temasya ini dirinya dapat meluaskan lagi rangkaian sosial, berkenalan dengan ramai orang serta melibatkan diri dengan pengurusan acara sukan yang berprestij.

“Saya juga dapat melihat semangat berpasukan yang ditonjolkan oleh setiap pasukan yang bertanding.

“Ini kali pertama saya melihat wanita mengambil bahagian di dalam acara sepak takraw, sekali gus memberi inspirasi kepada saya untuk mencuba sesuatu yang baharu,” katanya.

Alice yang merupakan pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengambil jurusan Komunikasi Strategik itu menjelaskan, kekentalan wanita yang beraksi di dalam sukan sepak takraw yang didominasi lelaki merupakan satu pencapaian yang terbaik.

Bagi Angela Dolen berasal dari Betong, 45, pula, SUKMA 2024 ini menjadi platform untuk anak-anak Sarawak berkhidmat dan memberi sumbangan kepada negeri dengan menerapkan semangat kesukarelawan yang tinggi.

“Bertugas di bahagian pusat media kali ini memberi pengalaman yang sangat berharga kepada kepada diri saya.

“Saya dapat mengenali para pegawai media serta wartawan tempatan yang datang dari pelbagai agensi dan bertukar idea serta pendapat dengan mereka,” katanya.

Seterusnya, seorang lagi sukarelawan, Mohammad Shahrizal Kantasa berasal dari Saratok, 20, berkata, dia berminat untuk menjadi sukarelawan kerana ia nya merupakan salah satu tugas penting bagi melancarkan lagi pengurusan berkaitan acara di setiap venue sukan dipertandingkan.

“Bagi saya sukan yang paling diminati ialah olahraga (acara balapan).

“Melalui SUKMA ini juga saya dapat belajar berkomunikasi dengan orang lain terutamanya mereka yang memegang jawatan penting di dalam jawatankuasa yang berkaitan,” ujarnya.

Untuk rekod, Kluster Bintulu menganjurkan tiga acara sukan yang melibatkan bola sepak lelaki, sepak takraw dan Muaythai untuk SUKMA 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan