Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dzan Hedir Amin (tengah), Norshahruddin Mad Ghani (dua dari kiri) dan barisan pasukan sepak takraw Selangor semasa ditemui media selepas perlawanan Selangor menentang Pulau Pinang di Stadium Muhibbah, Bintulu, hari ini. Foto Steward Dawi (TVS)

SUKMA: Selangor praktik ‘resipi’ gandingan pemain baharu dan lama buru pingat seterusnya

BySteward Dawi

BINTULU, 17 Ogos: Gandingan pemain baharu dan lama menjadi resipi kemenangan skuad sepak takraw lelaki (berpasukan) Selangor meraih pingat perak pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Menurut Pengurus Pasukan Sepak Takraw Selangor, Dzan Hedir Amin, walaupun terpaksa akur dengan kekalahan selepas menentang skuad Pulau Pinang, pingat perak itu akan menjadi penanda aras untuk pasukan itu memburu pingat dalam kategori seterusnya yang bermula hari ini.

“Kami percaya kombinasi pemain baharu dan lama termasuk pengurusan pasukan mampu mengekalkan rentak kami seterusnya.

“Ada tiga lagi kategori yang dipertandingkan dan kami menyasarkan untuk mendapat sekurang-kurangnya sebutir pingat emas,” katanya ketika ditemui media selepas perlawanan Selangor menentang Pulau Pinang hari ini.

Katanya, ada beberapa pemain Selangor yang bermain kali terakhir untuk edisi SUKMA, manakala tujuh kelapan orang masih layak untuk berentap pada SUKMA 2026.

Sementara itu, Jurulatih Sepak Takraw Selangor, Norshahruddin Mad Ghani berkata, antara kekangan yang dihadapi pihaknya sebelum ini ialah mencari calon pemain yang sesuai bagi mewakili Selangor ke SUKMA di Sarawak.

“Kami terpaksa mencari pemain yang berkelayakan dari sekolah ke sekolah dan masa latihan yang diberikan dalam tujuh kelapan bulan sahaja,” jelasnya.

Tambahnya, pemain yang mengambil bahagian di dalam kategori double, beregu dan quadrant ada diberi latihan intensif mengikut kecenderungan posisi dalam gelanggang.

Untuk rekod, skuad sepak takraw Pulau Pinang merangkul pingat emas selepas menundukkan skuad Selangor dan Terengganu meraih pingat gangsa bagi acara berpasukan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan