Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. Foto TVS

SUKMA pupuk semangat setiakawan, serlah keunikan Sarawak

ByAsmah Adenan

KUCHING, 17 Ogos: Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang diadakan di Sarawak menjadi platform memupuk semangat setiakawan demi kesejahteraan negara, selain memberi ruang kepada masyarakat luar memanfaatkan peluang menerokai keindahan flora dan fauna yang ada di negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, Sarawak merupakan negeri yang kaya dengan kepelbagaian etnik dan budaya.

“Ia menjadikan Sarawak sebuah negeri yang unik bagi menggambarkan masyarakat yang mempunyai nilai toleransi dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui semasa menghadiri acara Golf Jemputan VIP SUKMA XXI anjuran Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) yang diadakan di Kelab Golf Sarawak (KGS) di sini, hari ini.

Beliau berkata, kekuatan utama Sarawak dalam menarik pengunjung untuk datang ke negeri ini adalah sikap hormat- menghormati antara satu sama lain.

“Sarawak juga menekankan budaya, pengembaraan dalam alam semula jadi dan pesta makanan sebagai daya tarikan utama.

“Selain itu, kita juga berhasrat untuk menarik sebanyak empat juta pelancong pada tahun ini  melalui strategi pelancongan dengan menjadikan Sarawak sebagai hab ekopelancongan,” ujarnya.

Beliau yang juga merangkap Ahli Lembaga PUSAKA turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia serta Kerajaan Sarawak atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada PUSAKA sebagai tuan rumah untuk penganjuran Golf Jemputan VIP SUKMA XXI ini.

“Tetamu kenamaan dan pemain golf dari seluruh negeri yang hadir pada acara ini bukan sahaja bersaing, malah turut sama mempromosikan sukan golf dalam kalangan pemimpin. Penganjuran ini sekali gus dilihat mampu mengeratkan lagi hubungan dan membina kerjasama yang lebih kukuh pada masa hadapan.

“Justeru itu, kita berharap kesemua peserta mampu menunjukkan bakat mereka dalam sukan golf,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan tahniah kepada pemenang kejohanan, bagi mereka yang tidak berjaya, beliau berharap mereka terus berusaha untuk mencapai kemenangan pada masa akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan