Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengurus pasukan, Bong Swee Suan berkata, dengan barisan atlet yang berpotensi serta pengalaman di peringkat tertinggi, acara itu mampu menghadiahkan pingat untuk kontinjen negeri. Foto TVS

SUKMA: Gimrama Sarawak mahu lakar kejutan

ByTVS

KUCHING, 17 Ogos: Skuad gimnastik berirama Sarawak mahu mencipta kejutan dalam acara berkenaan yang membuka tirainya di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Pengurus pasukan, Bong Swee Suan berkata, dengan barisan atlet yang berpotensi serta pengalaman di peringkat tertinggi, acara itu mampu menghadiahkan pingat untuk kontinjen negeri.

“Skuad gimnastik berirama Sarawak diwakili tujuh orang dengan atlet termuda berusia 12 tahun, selain beberapa penampilan sulung atlet baharu termasuk Bong Elaina Yen,” katanya ketika ditemui di venue gimnastik berirama di BCCK hari ini.

Katanya, ini merupakan penampilan pertama Bong Elaina Yen dalam SUKMA, malah dia telah berlatih dengan kem Sarawak sejak berusia enam tahun.

“Dia telah beraksi dalam banyak kejohanan luar negara dan Semenanjung serta berjaya mendapatkan keputusan cemerlang.

“Dengan pengumuman Premier Sarawak baru-baru ini mengenai pingat, saya harap ia dapat dijadikan motivasi atlet untuk mendapatkan pingat,” katanya.

Acara gimnastik berirama yang membuka tirai saingan hari ini akan berlangsung sehingga 19 Ogos membabitkan empat disiplin iaitu bola, gelung, belantan dan riben. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan