Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) berperanan penting dalam mencungkil bakat-bakat baharu dalam industri sukan tanah air. Foto Nadim Bokhari (TVS)

SUKMA cungkil bakat baharu, lahirkan atlet Olimpik – Hannah

ByDouglas Elliot

KUCHING, 17 Ogos: Penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) berperanan penting bagi mencungkil bakat-bakat baharu dalam industri sukan tanah air untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, SUKMA menjadi platform penting menyediakan para atlet untuk beraksi di persada antarabangsa seperti Sukan Olimpik.

“Seorang atlet Olimpik tidak muncul begitu sahaja. Prestasi seorang atlet adalah hasil usaha selama bertahun lamanya.

“Bakat yang kita asah di peringkat daerah, di peringkat negeri seperti SUKMA, inilah bakat yang menjadi harapan negara di temasya sukan antarabangsa. Atlet kita di sini, adalah bakal atlet kita di Olimpik kelak,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian SUKMA 2024 yang berlangsung di Stadium Sarawak, malam ini.

Ujarnya, pentingnya penganjuran acara sukan seperti SUKMA ini diberi penekanan yang lebih tinggi bagi pembangunan bakat dan penyediaan kumpulan bakat.

Dalam masa yang sama, Hannah juga berkata, Sarawak sebagai tuan rumah merupakan lokasi terbaik untuk merealisasikan semangat perpaduan.

“Premier pernah berkata kepada saya, cara terbaik untuk mewujudkan golongan muda yang mempunyai pemikiran global adalah untuk mendedahkan mereka kepada seberapa banyak perspektif.

“Apabila saya melihat keliling stadium ini, saya merasakan bahawa ini adalah Malaysia.  Atlet muda dari seluruh pelosok negara dihimpunkan satu tempat,” tambahnya.

SUKMA 2024 bermula secara rasminya hari ini sehingga 24 Ogos ini, buat pertama kalinya juga SUKMA 2024 dianjurkan di sembilan bahagian di seluruh Sarawak, membabitkan 488 acara dalam 37 jenis sukan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan