Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Annabelle beraksi untuk merebut gangsa bagi kategori Kata Individu Wanita di IKBN, Miri. Foto Akma Salleh (TVS)

SUKMA: ‘Bukan rezeki saya’ – Annabelle

ByAkma Salleh

MIRI, 17 Ogos: Atlet Karate Sarawak, Annabelle Ping Balan telah melakukan terbaik pada acara Kata Individu Wanita yang berlangsung di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) hari ini.

Menurut anak kacukan Kenyah Kayan yang berusia 19 tahun itu, persembahannya hari ini sudah memuaskan namun rezeki tidak menyebelahinya.

“Saya bangga dengan pencapaian saya kerana saya sudah melakukan yang terbaik dengan tiga Kata, namun mungkin rezeki tidak menyebelahi saya hari ini,” katanya pada sidang media yang diadakan selepas pertandingan akhir bagi merebut gangsa di IKBN, di sini, hari ini.

Annabelle Ping Balan dan Al-Harir ditemui media di Dewan IKBN, Miri, hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

Annabelle tewas dengan pungutan 37.0 mata manakala Pulau Pinang yang mempertaruhkan Ph’ng Lebin, 20 tahun, memperoleh 38.9 mata.

Mengulas lanjut Annabelle berkata, kekalahan hari ini juga mungkin disebabkan rasa gementar yang dialaminya.

“Setiap kali pertandingan saya selalu berasa gementar dan saya sukar untuk mengatasinya, namun selepas ini saya akan melalukan yang lebih baik lagi,” katanya lagi.

Sementara itu, Jurulatih Karate Sarawak, Al- Harir berkata, Annabelle tidak ada melakukan kesilapan pada aksi Kata tersebut.

“Untuk hari ini, dia (Annabelle) tidak ada melakukan sedikit kesilapan dan selepas ini mungkin kita akan mengadakan post mortem untuk melihat dengan lebih terperinci dari sudut apa yang perlu diperbaiki.

“Sememangnya kita mengharapkan pingat dan juga ke final kerana pada SUKMA 2022 dia (Annabelle) berjaya menyumbang gangsa kepada Sarawak,” katanya.

Bagaimanapun, Al-Harir berharap Annabelle akan lebih bersedia dari sudut mental dan fizikalnya selepas ini supaya dia boleh mengatasi gementar pada SUKMA akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan