Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Sofbol Wanita Sarawak merakam kenangan di padang selepas perlawanan menentang Pahang. Foto Salasiah Safian (TVS)

SUKMA 2024: Pasukan Sofbol Sarawak terkandas di pusingan pertama

BySalasiah Safian

MIRI, 17 Ogos: Hasrat pasukan Sofbol Sarawak (kategori lelaki dan wanita) mara ke pusingan seterusnya gagal setelah terkandas di pusingan pertama di Padang Bola Sepak, IKBN Miri dan SMK Merbau di sini, hari ini.

Pasukan Sofbol Lelaki Sarawak yang berada di Kumpulan A kalah dalam ketiga-tiga perlawanan menentang Johor (8-9), Selangor (3-11) dan Terengganu (4-6).

Manakala bagi Pasukan Wanita yang berada di dalam Kumpulan D juga kalah dalam ketiga-tiga perlawanan menentang Negeri Sembilan, Sabah (8-15) dan Pahang (10-16).

Pusingan pertama Pertandingan Kejohanan Sofbol Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 bermula pada 15 hingga 17 Ogos diikuti pusingan Page-System pula akan berlangsung pada 18 Ogos ini dan pusingan akhir pada 19 Ogos. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan