Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahmad Rahimi Azizan (kiri), Mohamad Fazil (kanan) dan Ikhwan Syafiq Mohamad Fitri dan seorang pemain Pulau Pinang semasa ditemui media selepas perlawanan menentang Selangor di Stadium Muhibbah, Bintulu hari ini. Foto Steward Dawi

Sepak takraw: Pulau Pinang genggam emas selepas 24 tahun

BySteward Dawi

BINTULU, 17 Ogos: Skuad sepak takraw lelaki Pulau Pinang akhirnya meraih pingat emas selepas mengintai kilauan itu sejak tahun 2000 lalu dengan menumbangkan Selangor 2-0 hari ini.

Jurulatih Sepak Takraw Pulau Pinang, Ahmad Rahimi Azizan, berkata kejayaan itu merupakan satu pengalaman yang tidak akan dilupakan serta menjadi kebanggaan rakyat pulau mutiara itu.

“Kita memang menyasarkan pingat emas untuk kategori ini. Dan satu lagi pingat emas untuk kategori lain.

“Bagi skuad sepak takraw wanita Pulau Pinang mereka juga telah menetapkan sasaran untuk mendapat pingat dalam SUKMA tahun ini,” katanya ketika ditemui media selepas tamatnya perlawanan akhir di antara Pulau Pinang dan Selangor di Stadium Muhibbah, Bintulu hari ini.

Seorang lagi Jurulatih Pasukan Sepak Takraw Pulau Pinang Mohamad Fazil mengakui anak buah baharu yang lain telah mempamerkan aksi terbaik bergandingan dengan pemain lama.

“Kami hanya mempunyai seorang sahaja pemain senior yang pernah menyertai SUKMA yang lepas dan 13 lagi pemain belum ada pengalaman berentap sebelum ini,” jelasnya.

Jelasnya, kebanyakan pemain sepak takraw lelaki Pulau Pinang mendapat latihan sejak dari bangku sekolah lagi sehingga masuk ke peringkat sekolah yang lebih tinggi bagi mempersiapkan mereka berentap dalam temasya sukan.

Selain itu, tekong sepak takraw lelaki Pulau Pinang, Ikhwan Syafiq Mohamad Fitri berkata, kemenangan mereka dalam SUKMA edisi ini merupakan satu pencapaian yang harus dibanggakan.

“Bagi saya sendiri, ini merupakan kali pertama menyertai SUKMA.

“Selepas ini kita akan memberi fokus kepada kategori double, beregu dan quadrant dan berhasrat untuk memburu pingat emas,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, skuad sepak takraw Selangor merangkul pingat perak selepas tewas kepada Pulau Pinang, manakala skuad Terengganu meraih pingat gangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan