Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pertunjukan laser dan dron menggamit keterujaan lebih 40,000 pengunjung yang hadir pada upacara perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Stadium Sarawak malam ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Pertunjukan laser, dron gamit pembukaan SUKMA 2024 Sarawak, serlah semangat perpaduan

ByDouglas Elliot

KUCHING, 17 Ogos: Pertunjukan laser dan dron menggamit keterujaan lebih 40,000 pengunjung yang hadir pada upacara perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Stadium Sarawak malam ini.

Upacara yang bermula tepat jam 8.30 malam itu menyaksikan stadium bermandikan kilauan cahaya dan sorakan orang ramai dalam menyambut perarakan masuk setiap kontinjen negeri yang bermula dengan Johor selaku pemenang SUKMA 2022 dan diakhiri dengan kontinjen tuan rumah.

Acara perasmian disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Sri Fauziah Mohd Sanusi.

Turut menghadiri majlis perasmian itu ialah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Kemuncak acara menyaksikan larian obor sekitar balapan stadium oleh Ikon Maskot SUKMA, Daeloniel Mcdelon disusuli simbolik penyalaan obor oleh Ratu Terjun Negara, Datuk Pandalela Rinong.

Bertemakan Matlamat Perpaduan Membara, upacara itu turut menampilkan semangat perpaduan menerusi persembahan budaya di bawah seliaan Majlis Seni Sarawak.

Acara turut dimeriahkan dengan persembahan artis terkemuka tanah air Awie, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Marsha Milan dan Bob Yusof.

Pertunjukan bunga api selama 10 minit mewarnai stadium dan menyemarakkan lagi suasana upacara perasmian.

SUKMA 2024 buat pertama kalinya akan dianjurkan di sembilan bahagian di seluruh Sarawak membabitkan 488 acara dalam 37 jenis sukan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan