Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ekuinas dalam satu kenyataan berkata menerusi lanjutan itu, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kini mempunyai lanjutan peluang untuk menyertai program pemerkasaan perniagaan secara menyeluruh selama 12 bulan secara percuma. FOTO: Ekuinas

Permohonan program ILTIZAM Catalyst 2024 dilanjutkan sehingga 31 Ogos ini

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 17 Ogos: Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) mengumumkan bahawa tarikh tutup permohonan program ILTIZAM Catalyst 2024 dilanjutkan lagi sehingga 31 Ogos ini.

Ekuinas dalam satu kenyataan berkata menerusi lanjutan itu, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kini mempunyai lanjutan peluang untuk menyertai program pemerkasaan perniagaan secara menyeluruh selama 12 bulan secara percuma.

“ILTIZAM Catalyst memperkasa usahawan Bumiputera dengan menyediakan ilmu, bimbingan, dan kelengkapan untuk menangani cabaran yang dihadapi.

“Program ini menggabungkan penilaian, latihan teknikal dan bukan teknikal oleh pakar perunding, bimbingan dari pemimpin industri,” lapor kenyataan berkenaan.

Dalam kenyataan sama Pengarah Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Ekuinas, Hizwani Hassan berkata Ekuinas memahami cabaran-cabaran yang dihadapai oleh PKS dan apa yang diperlukan bagi memacu pertumbuhan perniagaan secara mampan

“ILTIZAM Catalyst bermatlamat untuk memperkasa, memperkukuh dan memacu perniagaan Bumiputera dengan mengatasi cabaran perniagaan dalam empat aspek utama.

“Kami harap lebih ramai PKS terutamanya dalam bidang yang unik dan perniagaan niche dalam sektor pembuatan, makanan dan minuman, peruncitan, pendidikan, agrikultur, kesihatan dan perkhidmatan, akan mengambil peluang yang unik ini dan memohon untuk menyertai program ILTIZAM Catalyst 2024 yang akan bermula pada November kelak,” katanya.

Tambahnya sejak penubuhan pada tahun 2022, ILTIZAM Catalyst telah memacu pertumbuhan 38 PKS Bumiputera dari pelbagai sektor.

ILTIZAM adalah cabang Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ekuinas yang menganjur dan melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan lestari, menyasarkan komuniti Bumiputera yang lebih luas melalui tiga tonggak, iaitu, Pendidikan, Keusahawanan dan Komuniti..

Tahun lalu, Ekuinas melalui ILTIZAM, telah menyalurkan RM13.8 juta ke arah pelbagai program yang telah memanfaatkan lebih daripada 74,000 individu, keluarga, usahawan dan perniagaan di seluruh Malaysia.

Untuk memohon, PKS Bumiputera mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi Sabah dan Sarawak), mempunyai pendapatan tahunan sebanyak RM300,000 sehingga RM1 juta dan mencatatkan rekod keuntungan selama 2 tahun berturut-turut.

Pemohon boleh malayari laman web https://iltizam-catalyst.ekuinas.com.my/ untuk memohon. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan